Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

12 March 2009

Aku lemah bab family....

Hikayat Merong Semerong-merongnya diteruskan lagi setelah saya tak mampu berfikir dengan baik untuk menyiapkan assignment. HOH! Saya dalam keadaan tenang paling maksimum tapi kepala ada sikit bengong, tak tahu macam mana nak menyiapkan tugasan.

Apakah ini petanda saya sudah tua? Adakah ini petanda saya sudah tidak pandai? Hoh, bercakap tentang pandai, entri ini didedikasikan khas untuk adik sepupu saya yang tercayang, Indra Putra bin Asrar, yang baru sahaja menyambut keputusan SPMnya tengahari tadi di MRSM Alor Gajah. Tahniah kerana berjaya mendapat semua A dalam subjek yang diambil (10 A tu!). Kaklong bangga dengan pencapaian adik-adik kaklong, Alhamdulillah...

Teringat pula zaman saya 'menyambut' keputusan SPM. Menggigilnya ya amat. Tapi ada sorang tu dah tau result dia awal-awal lagi.
Gambar di atas bukan gambar saya. Itu Amalina. Ya, saya 1batch SPM dengan Amalina yang mendapat 17A sedangkan saya hanya ........ (Perlukah dinyatakan di sini?? Tidak perlu...).

Sekali lagi saya ingin menyatakan kesyukuran yang tidak terhingga ke hadrat Ilahi. Alhamdulillah... Walaupun keluarga besar kami bukanlah keluarga yang senang tapi Alhamdulillah setakat ni adik-adik saya semua berjaya, (berjaya?? maksudnya dalam pelajaran). Biarpun kami serba kekurangan, namun ibu bapa kami tak pernah abaikan pelajaran kami. Thanks untuk ibu dan ayah, semua makcik n pakcik yang sentiasa support kami (isy3, touching pulak! Dah la tengah homesick ni!). Tak lupa, supporter terkuat kami, our NENEK!

Ikatan kami sesama sepupu sangat kuat. Macam adik-beradik betul. Tiada rahsia antara kami semua. Saya sebagai cucu sulung, amat bersyukur dengan keharmonian ini. Teringat ayat nenek masa cucunya yang ke-4 masuk hostel, "Awak tengok, Nadia. Adik-adik awak semua ikut jejak langkah awak. Jadilah contoh teladan yang baik kepada adik-adik." Oh so touching!!!

Wah, kenapa aku dah macam tak keruan ni? Dah hampir dua bulan tak balik rumah. Oh so so... Nak tengok adik sepupu yang baru lahir 13 Februari hari tu, Rania.

Hmm.. rindukan adik-adik, ibu, ayah, dan keluarga besarku... :'(


3 comments:

  1. me too. kat sebelah ayah, owg jugak merupakan pemegang pangkat paling tinggi. huhu.. walau pun klu ikt turutan lahir owg yg ke 3. berat seh tanggungjawab yg dipikul. menyatupadukan seluruh ahli keluarga berada di bahu kita. huhu..

    apa pun.. ndia boleh n owg pun blh..

    p/s: adik owg pun br amik result spm.. n owg pun baru dpt anak saudara baru.. tp mcm biasa la owg suh dia panggil owg kakak.. wahaha..

    apa pun.. semoga berjaya.. :D

    ReplyDelete
  2. ngeee

    tq :)

    sejak bz ni, tah bila nak balik :'(

    ReplyDelete
  3. Manis, tapi maaf aku tidak bisa baca banyak, karena lagi di kampus.........

    fadil
    http://ahmad-fadil.blogspot.com/
    e-mail:fatkhulanam@gmail.com

    ReplyDelete