Renungkan beberapa ayat di bawah...
1. Pemimpin ibarat pohon yang berbuah. Tak kiralah sama ada dibaling dengan selipar, dijolok, dipatahkan rantingnya, dipetik daunnya, dia tetap akan setia mengeluarkan buah.
2. Jangan takut kepada tentangan kerana layang-layang hanya akan terbang tinggi jika menentang arus angin.
Dalam 2-3 hari yang mendatang, terlalu banyak perkara yang berlaku yang menyebabkan saya menangis sepanjang hari. Itulah cara saya untuk meredakan tekanan. Banyak sangat salah faham yang berlaku. Dan paling tidak tertahan bila perkara yang bukan-bukan dilemparkan. Saya mengambil sikap berdiam diri sebab saya tahu, apa juga yang saya katakan tidak mungkin akan dipercayai orang. Lebih baik saya berdiam diri. Saya bukan jenis yang suka menjaga tepi kain orang. Saya tidak mahu ambil kisah pun masalah orang lain walaupun saya suka menjadi pendengar (listener). Saya sendiri tidak sempurna, untuk apa saya menunding jari, mencari kesilapan orang lain. Saya sendiri bukanlah bagus sangat, untuk apa saya menyibuk hal yang tak perlu saya rasa berat untuk saya fikirkan.
Saya berpegang pada prinsip, masalah orang, itu hak orang itu. Buat apa kita nak menyibuk? Kita sebagai orang luar hanya mampu menjadi listener jika orang itu memerlukan seseorang untuk meluahkan perasaan. Orang luar bukan penyelesai masalah. Dengan wujudnya orang luar, masalah boleh jadi bertambah besar. Selebihnya, terpulang pada orang itu sendiri untuk menyelesaikan masalah yang berlaku. Sebab, orang luar tidak tahu apa situasi yang sebenar. Mungkin ada pihak yang boleh menokok-tambah. Tidak kiralah pihak yang mana pun. Jadi, masalah orang lain, tak perlulah kita nak menyibuk. Biarlah orang yang terlibat tu je menyelesaikan masalah mereka. Kerana mereka lebih memahami situasi sebenar dalam diri mereka.
Masalah aku, biarlah aku yang selesaikan... (^_^)v
No comments:
Post a Comment