Segala-galanya sudah diselesaikan dengan baik, alhamdulillah. Apa yang berlaku ada hikmahnya. Hikmah kepada semua orang. Semoga dengan keputusan paling berat yang pernah dibuat ini, akan membuatkan semua perkara lebih jelas dan teratur.
Keadaan memaksa. Terlalu memaksa. Tapi dalam hati, hanya Allah yang tahu, betapa peritnya keadaan diri. Terlalu kritikal.
Aku mendamba cinta dari-Nya, yang Maha Esa...
Sesungguhnya cinta dari Ilahi itu yang paling agung antara yang lain. Saya memilih yang itu.
Dekatkanlah hati ini kepada-Mu...
Kepada mereka di luar sana yang sering menimbulkan spekulasi, diharap tidak perlulah menimbulkan lagi sebarang spekulasi yang bukan-bukan. Ada sahabat memberitahu, lebih baik berdosa zina dari dosa mengumpat. Kerana dosa zina, kita boleh bertaubat, memohon ampun dari Allah yang Maha Mengampuni, tetapi dosa mengumpat, kemaafan hanyalah dari orang yang teraniaya.
Sekian, Wassalam...
Aku lebih tenang...
(^_^)v
No comments:
Post a Comment