Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

13 March 2009

MPP UTM

"friends, i have a message for you all...
we are mpp's from UTM does not in any way receive any amount from the university as an allowance for the work that we have done..everything was ikhlas from us and i guess we're only hoping for a return from the Almighty, Allah s.w.t.."
Frasa diambil dari sini


Frasa di atas adalah dari sahabat, Ahmad Faiz, Pengerusi Jabatan Sukan dan Kebudayaan, MPP UTM.

Merujuk kepada frasa di atas, saya ingin memberi sedikit respon. Benar seperti yang dikatakan oleh Faiz. Sebagai MPP, kami tidaklah mendapat banyak keistimewaan seperti yang selalu digambarkan oleh rakan-rakan pelajar yang lain. Malah kami diberi amanah yang memang berat. Sesungguhnya hanya Allah yang tahu betapa beratnya amanah itu.

Setiap hari terpaksa tidur jam 2.00pagi (kadang lebih lewat), bukan sekadar memikirkan masalah dalam universiti tetapi isu nasional dan global juga perlu diambil kira. Bangun pula di awal pagi untuk ke kelas.

Kami bukan sekadar pemikir masalah tetapi juga pembantu dalam mencari penyelesaian setiap masalah, mempercambah idea baru, memperkuat fakta sedia ada. Itulah kami.

Kadang di hati terbit cemburu (sebagai manusia biasa, saya layak berperasaan begitu) dengan rakan-rakan lain yang mempunyai masa untuk melakukan pelbagai aktiviti masa lapang, tetapi kami, mencari masa lapang pun entah bagaimana.

Kenapa ayat aku dalam perenggan-perenggan di atas macam skema semacam???

Hehehe.. apa pun saya tak kisah. Apa yang penting... KERJASAMA... Wonder pet (^_^)v hahahahaha... saya gembira dengan diri saya sekarang. Walaupun banyak rintangan yang berlaku, tapi saya anggap itulah proses dalam mematangkan diri sendiri. Syukur ke hadrat Ilahi sekali lagi.


"hehehe...luckily i don't have one but i do have lots of mpp's works to do and i'm still looking for the people to be a ketua unit for pengangkutan and keselamatan for the 43rd pesta konvo...although i have pass the dateline to submit the names, i hope nadia won't get mad at me for the delay, hehe...sorry bos..! =P"
Frasa diambil dari sini

Wah, sampai macam tu sekali Si Faiz ni. Nasib baik i baca blog u, kalau tak, memang rasa nak marah sangat-sangat. Tapi saya bukan bos yang macam tu. Wahahaha... Aku bos ke?????

Saya teramat sibuk meng'study' hal konvo. InsyaAllah dengan bantuan rakan-rakan seperti Syuk, Suziey, Bo, Pijoe, Didi, Kak Mira, Khafiz, Hadi dan lain-lain tak dapat nak sebut, (ramai bebenor yang support...) saya mengharapkan segala yang terbaik. Let us work for it! Pheww!

No comments:

Post a Comment