Aku wanita punya hati nurani
Yang tak dapat dibohongi
Pabila cinta telah membutakan mata
Dan membuat tuli telinga
Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati belahan jiwaku ini
Cintaku ini anugerah terindah
Dari yang Maha Kuasa
Cintaku padamu tak pernah berubah
Meskipun kita berbeza
Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati belahan jiwaku ini
Aku wanita aku kaum hawa
Yang memang rapuh hatinya
Aku wanita aku punya cinta
Selayaknya manusia
Satu yang ku mahu
Ku wanita
Yang hanya perlu kau fahami
Susah sangat ke nak faham perempuan? Saya pun tak tau macam mana nak cakap dengan kaum lelaki ni. Teringat satu pengajaran yang dapat saya petik dari Kem BTN hari tu. Apa yang paling utama dalam hubungan dua hala adalah KOMUNIKASI. Anda setuju dengan saya dan fasi saya?
Kenapa KOMUNIKASI?
Sebab dalam satu-satu hubungan, tidak kiralah hubungan sahabat baik, pasangan, ibu bapa, adik-beradik, rakan-rakan dan macam-macam jenis hubungan lagi, memerlukan komunikasi yang berkesan sesama mereka. Bayangkan jika tiada komunikasi yang berkesan? Kita akan sering bertelagah. Masing-masing mahu menegakkan pandangan masing-masing. Tapi jika kita ada komunikasi yang berkesan, kita akan dapat mengetahui kehendak seseorang. Apabila mengetahui kehendak seseorang, akan wujudnya persefahaman. Apabila telah wujud persefahaman, maka segala-galanya akan aman dan bahagia. :)
My love language is 'Quality Time'....
No comments:
Post a Comment