Ada sahabat bertanya, apa kena-mengena previous entry dengan petani? Di sini ingin saya tegaskan bahawa, saya tiada kaitan dengan petani atau iklan yang dilakonkan oleh Raja Farah itu. *sigh*
Walau bagaimanapun (Sejak bila saya semakin pandai menggunakan bahasa Melayu dengan baik? Ya, tidak mustahil saya lulus subjek Bahasa Melayu semasa jawab SPM dulu. Ketawa!) sedikit sebanyak, keadaan saya sekarang, tidak ubah seperti seorang petani.
Buktinya??? Baru sahaja tadi saya telah mengeluarkan bertitik-titik peluh saya, diulangi, bertitik-titik (bukan sekadar setitik) peluh dengan menyertai warga JB ke Hot fm Big Jam di Festive Street Mall, Danga Bay, JB.
Kenapa saya berpeluh-peluh di sana??
1. Pada ketika itu hari sangat panas, terik. Lebih kurang jam 12.00 tengahari, ketika matahari di puncak kepala.
2. Saya memaksakan diri untuk berasak-asak di kalangan orang ramai untuk berjumpa dengan big boss Hot FM. Maka, saya lebih berpeluh daripada pak cik yang gambarnya di atas.
Kenapa saya nak jumpa Seelan Paul?
1. Untuk mendapatkan stiker Hot FM.
2. Saya nak letak stiker Hot FM itu di kereta yang saya gunakan supaya mudah saya menukar frekuensi radio dalam perjalanan jauh (sebab kat stiker tu ada tulis frekuensi Hot FM di setiap negeri).
3. Saya minat Seelan Paul??? Oh, no... Saya ada urusan kerja di sana. Urusan kerja??? Ya, saya bakal menyertai keluarga besar Hot FM! (Yes, cerita tipu di sini!)
Kenapa tiba-tiba termasuk cerita tipu di sini???? :p
Jeng.. jeng.. jeng.. dh blajar wat citer hikayat ek? hehe.. bgs2.. truskan... :D
ReplyDelete