Chak!!! Long time no see....
Hoh.. Selama 3 hari saya bertapa di Besut, Terengganu. Konon mengasingkan diri dari kerja-kerja yang melambak tapi jadi makin melambak kerjaannya. Vaahh!!!
Dari 20 Mac 2009 - 23 Mac 2009 (to be precise, til 22 Mac 2009 only for MPPUTM, MPPUPNM, MPPUM) menjalani Kem Bina Negara (Asas) di Besut, Terengganu. Perjalanan yang kami tempuh sangat menyesakkan.
Kami bertolak dari UTM pada 19 Mac 2009, jam 2345H. Dengan kekuatan pasukan seramai 5orang (yang sama dengan kekuatan 50orang) kami pasang niat. Semoga perjalanan kami selamat pergi dan balik. 5 orang dalam 1 bas! Perhh!! Bas ini, kami yang punya.. hahahahaha...
Macam-macam masalah berlaku sebelum dan semasa keberadaan kami di sana. Bermula dengan permohonan kami pulang awal, saya menyimpan handphone secara senyap-senyap (sepatutnya dalam peraturan BTN, peserta tidak dibenarkan sama sekali membawa handphone), dan permohonan pulang awal kami ditarik balik. Segala-galanya menjadikan kami semua mental down rendah. Hoh! Tapi kami perlu juga berusahah untuk balik awal!
Memang sayang untuk melepaskan BTN, tapi... Tu laa... di sini mati mak, kat situ mati bapak.. So, akademik lebih penting.. Cheh! So, setelah meng'fight' (thanks to Kak Roza n big boss...), kami berjaya balik pada tengahari Ahad. Sedih sebenarnya.. sob sob sob...
Itu saje yang saya ada mood untuk ceritakan.. Jumpa lagi di lain hari.. :P
Aku semakin banyak kerja...
No comments:
Post a Comment