Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

09 December 2010

No Title Yet (Part 1)

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

Aisyah memperlahankan suara radio yang berkumandang dalam kereta. Perbualannya rasa terganggu dengan bingit radio. Azim masih diam mendengar celoteh Aisyah yang dari tadi tidak berhenti. Meluahkan rasa sebal katanya. Lumrah perempuan. Sentiasa menginginkan seseorang untuk menjadi pendengarnya.

"Mana satu button 'Scan' kat radio ni?" Azim mencelah membuatkan Aisyah tiba-tiba berhenti meluahkan rasa.

Aisyah menunjuk pada satu punat. "Yang ni. Nak cari radio apa?"

"IKIM. Dari tadi dengar lagu kat radio ni, rasa semak kepala. Tenang lagi dengar IKIM."

Aisyah terdiam. Rasa terpukul seketika dengan ayat Azim.

****************

Kereta dihala ke arah Jalan Tun Razak penuh hati-hati. Azim memang seorang pemandu yang cermat. Ayat-ayat Al-Quran berkumandang di radio IKIM. Aisyah sudah mula memahami tabiat Azim, sedikit demi sedikit dia cuba menyesuaikan diri. Lagipun perubahan ke arah positif itu amat dituntut.

Aisyah tidak pasti surah apa yang sedang diputarkan di radio itu. Dia ingat-ingat lupa. Mereka berdua diam sahaja. Menghayati ayat-ayat suci Al-Quran. Tiba-tiba telinga Aisyah dapat menangkap suara lain yang mengalun bacaan ayat suci Al-Quran itu. Suara Azim. Perlahan suaranya mengikut bacaan itu.

'Dia hafaz surah ni? Surah apa ni ya? Ni bukan surah yang agak familiar sebab kalau surah yang agak common, mesti aku dapat tangkap surah apa.' Hati Aisyah berbisik. Seraya dia teringat kata-kata Azim suatu ketika dulu.

"Azim tak pernah khatam Al-Quran sedangkan Aisyah dah 3 kali khatam Al-Quran. Azim ni, baca Al-Quran pun tergagap."

'Tapi yang aku dengar tadi? Bukan dia hafaz surah tu? Siapa Azim ni sebenarnya?' Aisyah mula tertanya-tanya.

*****************

3 comments: