Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

30 July 2009

Kuarantin? H1N1? Oh, tidakkkk....

umum berbicara tentang H1N1 sekarang ni. sana-sini sekolah ditutup, IPT ditutup. masuk ni dah 3 orang meninggal dunia sebab wabak yang terlalu cepat merebak tu. sampaikan kawan-kawan sekelas saya ada yang bertanya, "nadia, bila UTM lak nak tutup?". hoh, pada saya, janganlah UTM ni tutup *lagi-lagi saya, sebagai ajk konvo. abislah plan kami yang dari bulan februari dulu tiba-tiba nak hancurkan semua.. huaa!!*. sebabnya, saya punya pendapat yang sama dengan sebilangan orang. kalau UTM ditutup sebab jangkitan ILI tu, pelajar-pelajar dibenarkan pulang. bila semua pelajar pulang ke kampung halaman masing-masing, dia akan membawa virus tu kat area rumah dia pulak. dan benda ni akan merebak lebih dahsyat lagi ke seluruh negara. hiss.. tak dapat bayangkan *hah, bayangkanlah cepat!*

oleh sebab antibodi saya ni macam lemah la sikit *kurang daya tahan penyakit, eh eh.. tu bukan definisi AIDS ke? eh eh.. bukan bukan.. maksud saya antibodi saya ni tak kuat sangat. senang diserang demam selsema* makanya saya pun terberjangkit dengan virus demam yang sudah dihidapi hampir 500 orang pelajar UTM setakat ni. demam je la.. yang part H1N1 tu, saya tak berani nak cakap *uh uh uh.. kat hutan belakang blok saya ni ada menatang ba alif ba ya tu. mungkinkah?? err.. no no no.. *

saya dah hampir dua hari demam. time malam je, suhu badan jadi panas yang teramatlah sangat. tapi time pagi dia dah ok balik. then maghrib semalam, dia jadi panas sangat-sangat balik. kak roza yang nampak saya pakai blazer dalam ofis pun tanyalah..
kak roza: ni apa kes pakai blazer dalam ofis ni?
saya: sejuklah kak oja... nadia demam balik..
kak roza pun letak tangan dia kat dahi saya *mungkin kat tangan kak oja ada termometer.. kot... ahaha~!*
kak roza: isy, panas ni nadia. jom pergi pusat kesihatan nak?
*nama je pusat kesihatan, tapi kat dalam tu semua orang kesakitan. so ianya bukanlah pusat kesihatan, kan? kan? kan?*
saya: err.. malaslah kak.. demam biasa je ni.. hehehe~ *sempat lagi menyengih*
kak roza: eii budak ni. degil betul... jom pergi pusat kesihatan. akak hantar.
saya: *maka saya pun mengalah*. ok, jom.

huh, bila doktor dah check, bla bla bla.. tanya simptom-simptom, bla bla bla.. tiba-tiba dia pun hulur mask.

doc: nah, awak pakai mask ni, nanti batuk awak tu berjangkit pula kat kawan-kawan awak. awak kena kuarantin sampai jumaat ni. jangan keluar bilik tau! duduk je dalam bilik. nanti berjangkit kat orang lain. rehat dulu kat bilik, ok?

errr... demam biasa tak macam ni kan? kan? kan? selama ni demam, takde lak doc soh duk diam-diam dalam bilik, jangan keluar, kan? kan? kan?

kebosanan dikuarantinkan. huh! tak boleh buat kerja.. sob sob sob...

29 July 2009

Demam Demam Demam

uhueeww.. teruknya kedemaman ini. sakit betul kepala and telinga. wahhh.. terseksa betul!!

27 July 2009

Hari-hari

Lelaki dan Cinta
ada satu ayat yang pernah saya dengar, 'jangan terlalu mudah mempercayai lelaki, kelak merana diri'. tak tau statement tu betul ke tidak. cuma satu yang saya kurang faham. kenapa lelaki dengan mudahnya boleh ada ramai perempuan keliling pinggang? walhal lelaki hanya ada 1 nafsu berbanding 9 akal. takkan 9 akal tu tak mampu untuk mengawal nafsu yang hanya 1 itu? macam lemah sangat kan bunyi nya. entahlah. macam ada sorang member baik pernah cakap;
member baik: aku jeles betul dengen orang perempuan ni.
saya: kenapa?
member baik: yelah, lelaki, kalau nak ngayat perempuan tu, tak kiralah serius ke tak, mesti dia sanggup buat apa saja untuk dapatkan perempuan tu... lelaki sanggup berkorban apa saja untuk perempuan..
tapi sekarang, pada saya, perempuan lebih dahsyat. kalau dah terlalu sayang, bukan setakat pengorbanan, segala-galanya akan dikorbankan. macam tu pula lemahnya perempuan.


Setiausaha Pesta Konvokesyen
tak tahulah kenapa lately ni banyak sangat mesej yang saya dapat berbunyi begini,
'kamu pengarah konvo ye? waaa.. tahniah..'
uisyy.. untuk makluman, saya setiausaha untuk pesta konvo. bukan pengarah.. :D
ok, sebenarnya saya bukan nak cakap hal tu. saya sedang dalam kekelam-kabutan untuk memperhalusi kerja saya sebagai setiausaha. macam terkejar-kejar semua benda. tinggal 2 minggu lagi sebelum pesta konvo. saya sangat tergesa-gesa sekarang! dengan nak monitor 82 orang di bawah saya dan seorang bos di atas saya. uihh.. saya bernasib baik saya sudah mula mengenali hampir 70% ajk konvo dalam masa 2 minggu ni. saya perlu kenal mereka lebih dalam...


PSM
saya lega berjumpa puan shaparas tempoh hari.. sangat lega.. puan shaparas dah bagi gambaran apa yang boleh saya lakukan. saya seronok.

23 July 2009

What Kind of Boy Should You Be With? on Facebook

macam nak tergelak tengok result kuiz kat facebook nih.. hampeh tol laa~!

*gelak guling-guling..*


Your Result: Bad Boy

Girl, you need a bad boy... Someone that will make you wait on him... that's the only way boys hold your interest. Guys that give you everything you want will only bore you, and next thing you know you'll be looking for someone new. You need a challenge, so stop breaking those sweet boys hearts. Date a player, and who knows, maybe you'll be the first girl he's ever fallen for.


is there any naughty boy out there? ada cadangan tak siapa-siapa? hahaha~!



Makan-makan Bersama MPP

ape je la kerja budak2 mpp ni..
mai tengok...

tarikh: 20 julai 2009
masa: 8.00malam
lokasi: ayam penyet restaurant at taman U


muka resah tunggu nasi ayam penyet



bos nombor 2 i, pengarah pesta konvo 43... muka kesukaan tunggu ayam penyet



kanak-kanak riang




The Great Menu of The Day
Nasi Ayam Penyet



milo ais tabur sebagai perisa tambahan



F.I.N.I.S.H!!!



muka kenyang semua orang


lepas berpenyet, boleh lak kami ke Dewan Senat. ada meeting~!




ok... the end!~

My Piramid dah sampai!!!

wah! teruja yang teramat sangat2!!! tengah duduk ngadap laptop, tiba-tiba pakcik staf HEP datang ofis mpp.
"nadia fitri ada?"
then saya pun pergilah jumpa pakcik itu. kat tangan pakcik tu ade bungkusan



ni la bungkusan kat tangan pakcik tu. saya dah macam dapat agak apa dalam bungkusan tu.




lepas mensign-sign, saya pun duduk semula ke meja. buka bungkusan...




taraaaa... dis is the parcel... :)




and.. here you are... the pyramids from egypt!!




cantik!! i love dis!! thanks al damanhuri!! tapi ana nak piramid yang original kat mesir tu!!!
ana letak piramid-piramid ni kat opis ana kayh!

thaaannnkkkkk yyyoouuuu!!!!!!
teruja nak pergi mesir ni!


best best best!! jom gi mesir!

21 July 2009

Kisah Seorang Budak Perempuan (Part 2)

di sini saya ingin menceritakan pula sambungan pada entri yang lepas. kisah seorang budak perempuan *walaupun budak itu sudah pun besar panjang sekarang ni dan sudah layak menjadi ibu mertuamu, eh, silap silap...*

alkisah...

ketika saya berumur berapa tahun ya... ya, tujuh tahun. masa tu musim kemasukan pelajar ke tahun satu di sekolah rendah. saya sekali lagi ditendang keluar *lalu berdebuk, berguling-guling di atas tangga sekolah dan seterusnya kepala berdarah, bibir pecah, gigi patah. ok. nampaknya satu kisah tipu di situ.* dari memasuki sekolah tersebut.

pada mulanya daddy co0L and hot mommY mendaftarkan saya di sekolah jalan gurney *gurney 1 ke 2, saya tak nak sebut*. namun apabila tiba hari pertama persekolahan, nama saya dikatakan tiada dalam senarai pendaftaran pelajar tahun satu di situ. maka terperanjatlah daddy co0L and hot mommY lalu mereka bergegas ke jabatan pendidikan kuala lumpur.

di sana terjadi sedikit pertelingkahan antara daddy co0L dengan pegawai jabatan itu. pegawai tersebut mengatakan saya tidak layak untuk mendaftar masuk ke mana-mana sekolah rendah hanya disebabkan ibu bapa saya pemegang ic merah. diulang, ic merah.

sekali lagi masa depan saya disekat. kenapa saya tidak boleh menjalani kehidupan biasa seperti kanak-kanak lain?

maka daddy co0L pun segera berjumpa Datuk Drs Suleiman yang ketika itu ahli parlimen titiwangsa. kebetulan Datuk merupakan perasmi semasa hari anugerah pelajar cemerlang tadika KEMAS seluruh kawasan titiwangsa pada tahun sebelumnya (tahun saya tamat belajar di tadika KEMAS) dan nasib baik juga Datuk mengenali saya kerana ketika itu, saya mendapat anugerah pelajar terbaik tadika KEMAS seluruh parlimen titiwangsa *uisy, macam ala-ala riak je ayat ni kan? tapi nak terangkan situasi masa tu. harap maklum*.

Datuk terus sign surat sokongan dan meminta daddy co0L pergi semula ke jabatan pendidikan. selepas pegawai di sana membaca surat dari Datuk itu, maka dia pun menghubungi sekolah yang terdekat dengan rumah, sekolah kebangsaan polis depot.

dengan itu, dapatlah saya masuk ke tahun satu walaupun agak lewat berbanding orang lain. orang lain bulan disember dah masuk sekolah. saya ni, bulan mac.

entahlaa~! bila memikirkan semula keperitan masa berusaha untuk masuk sekolah dulu, saya berfikir semula, apa akan jadi pada saya kini jika peluang-peluang yang muncul itu tidak muncul pada ketika itu? adakah saya akan mendapat laluan masuk ke universiti dengan mudahnya?

untuk makluman sahabat-sahabat sekelian, ada ramai lagi anak-anak yang senasib dengan saya yang tidak dibenarkan mendaftar untuk masuk sekolah sampai ke hari ini. bukan sekadar itu, ada juga yang tidak layak mendapat sijil kelahiran kerana ibu bapa bukan warganegara malaysia.

apa akan jadi pada anak-anak ini nanti jika pendidikan awal mereka disekat? ke manakah hala tuju mereka?

jangan salahkan anak-anak indonesia jika suatu hari nanti ramai antara mereka yang menjadi perompak, penyamun, pencuri, pelacur atau penagih dadah. hal ini kerana pendidikan awal yang sepatutnya mereka dapat, telah disekat oleh peraturan yang saya kira langsung tidak masuk akal. jika mereka tidak diberi peluang untuk belajar, masuk ke sekolah, apa akan jadi pada masa depan mereka? mampukah malaysia menanggung lagi bilangan gejala sosial yang semakin lama seakan tidak boleh reda?

bila semakin banyak masalah sosial, mulalah masyarakat menunding jari ke arah pendatang. tak kisahlah pendatang halal ke, pendatang haram ke... tapi mungikn mereka terlupa, satu jari yang ditunding kepada orang lain, balasan 4 lagi jari lain menunding ke arah diri sendiri.

fikir-fikirkan.....

malaysia perlu transformasi jua...


19 July 2009

Kisah Seorang Budak Perempuan (Part 1)

pada suatu hari sang kancil berjalan-jalan di tengah hutan *eh, silap-silap*. saya nak ceritakan sedikit fasa dari sisi kehidupan saya. yang baik, boleh diambil. yang buruk boleh ditinggalkan *nadia fitri havez versi skema*.

kisah ini berlaku ketika saya berusia enam tahun *seperti yang diceritakan oleh daddy co0L*. mungkin apa yang saya ceritakan di sini akan menyentuh sensitiviti mana-mana pihak. tapi harap saya tidak ditangkap di bawah ISA. sebab, saya menceritakan kisah hidup saya sendiri. lagipun, kisah hidup saya mungkin tidak membawa mudarat kepada sesiapa pun, jadi tidak ada sebab untuk saya ditahan di bawah ISA atau akta hasutan. ok3, saya back to normal.

semasa berusia enam tahun, daddy co0L and hot mommy nak masukkan saya ke tadika. yelah, lazimnya budak-budak yang berumur 6 tahun masuk tadika, kan? tadika yang berdekatan dengan rumah saya masa tu adalah tadika KEMAS dekat lorong k*****t 1 *nama lorong terpaksa dirahsiakan atas sebab-sebab keselamatan hahahaha~!*.

saya tidak dibenarkan untuk mendaftar ke tadika tersebut. dengan alasan, ibu bapa saya hanyalah penduduk tetap. bukan warganegara malaysia. ibu bapa saya berasal dari indonesia namun mereka sudah lebih 30tahun menetap di malaysia. mereka berkahwin di malaysia dan saya serta adik-adik saya juga lahir di malaysia. ya, saya berterus-terang mengakui status ini. saya tidak tahu apa implikasi jangka panjang dengan pengakuan ini tapi saya punya alasan saya tersendiri untuk berterus-terang dan cuba membuka minda sahabat-sahabat sekelian.

puas ibu dan ayah saya merayu supaya saya diberi peluang belajar seperti kanak-kanak yang lain. alasan kedua cikgu di tadika tersebut, kanak-kanak di situ sudah tahu membaca, jadi mereka khuatir saya ketinggalan jika tidak dapat membaca dengan baik. mungkin Allah ingin memberi peluang kepada saya, lepas je cikgu tadika tu habiskan ayat 'takut saya ketinggalan jika tidak dapat membaca dengan baik', kebetulan saya memegang suratkhabar. saya yang minat membaca sejak kecil, terus membaca setiap ayat pada suratkhabar tersebut dengan lancar. cikgu tu tergamam. daddy co0L pun mem'back-up' saya *ayat dah start tunggang-langgang*, "anak saya memang dah pandai membaca sejak umur tiga tahun." cikgu tadika tu terus terdiam.

muncul pula seorang cikgu dari kelas lain. saya masih ingat namanya, cikgu noraini. dia pun bertanya cikgu yang menghalang saya dari msuk tadika tu, "kenapa tak boleh bagi budak ni masuk tadika? bukan dia tak tahu membaca pun! lagipun budak-budak kat sini masih mengeja."

alhamdulillah saya diterima masuk ke tadika KEMAS atas bantuan cikgu noraini. terima kasih, cikgu. tanpa bantuan cikgu, belum tentu saya berada di tahap saya kini....



apa yang ingin saya utarakan di sini adalah,
- kenapa hanya kerana status ibu dan ayah saya sebagai penduduk tetap, saya tidak boleh diberi peluang untuk masuk tadika seperti kanak-kanak lain yang sebaya saya, seperti alasan pertama yang disebut oleh cikgu tadika tersebut?

- adakah sebarang sekatan untuk anak-anak seperti saya dari segi pendidikan?
- kenapa masyarakat malaysia sering memandang serong kepada anak-anak indonesia? apa, jahat sangatkah orang-orang indonesia? adakah orang-orang malaysia terlalu baik hingga boleh dikategorikan seperti malaikat?


fikir-fikirkan.... pada bahagian seterusnya, saya akan ceritakan pula keperitan yang saya alami di zaman kemasukan ke sekolah rendah...

hidup tak selalu indah...


me and my family on engineer tupperware's registration at kolej matrikulasi johor
(dated: 11 may 2008)

17 July 2009

Tajuk PROJEK SARJANA MUDA

help me, help me..

give me some brief idea..

i really need it..

either to choose about remote sensing and health (but i don't have any data!!)

or programming...

or image processing...

but i don't have any imagery data...


help!!!!!!!!!!! serious.. i really need help... :((


15 July 2009

[TIRED, EXHAUSTED, APE LAGI?]

salam sejahtera, salam muhibbah, salam perpaduan...

di sini saya ingin memaklumkan, kepenatan saya yang teramat sangat.. baru sahaja start gerak kerja konvo dalam 3 hari ni *walhal orang lain dah start sejak cuti hari tu! kau baru nak panaskan enjin..*, tapi saya terasa kepenatan yang melampau... isy3...

sebabnya, baru nak panaskan enjin, saya sudah dihujani *ahaha~ bayangkan saya 'ditimpa hujan'* dengan bertubi-tubi kerja untuk pesta konvo 43 nanti...

countdown-countdown... lagi 28 hari... pengsan... setiap hari tidur pukul2-3 pagi. bangun pukul 6 pagi sebab semua kelas pada sem ni start pada pukul 8 pagi. hampeh! memang setiap kali balik bilik, tak sempat buat apa, terus terduduk, terbaring, kemudiannya tertidur dengan lenanya sampai terjaga pukul 6 pagi...

serius.. saya sangat penat.. sudah lama tak penat macam ni...

PESTA KONVOKESYEN KE-43 [sila klik sini untuk ke laman web rasmi pesta konvo]
13-19 OGOS 2009



apa yang bermain dalam kepala saya sekarang hanyalah pesta konvo. saya cuba tumpukan perhatian sekejap untuk PROJEK SARJANA MUDA saya tapi susah betul *alasan semata-mata lah tu!*...

saya perlu masa sedikit *kau tak nak grad ke nadia?? tak cari lagi tajuk psm!*.

13 July 2009

New Semester, New Life

assalamualaikum..

hari ni bermulalah semester ketujuh saya.

semester 7? ok ok ok.. saya memang mengaku saya pelajar tahun akhir sekarang ni.

tadi masa bersiap nak ke kelas, saya ada berfikir, bagaimana keadaan saya pada tarikh yang sama tahun hadapan?

musykil musykil...

wah, melangkah keluar dari bilik dengan semangat final year student..

tak sangka di hadapan saya nanti semua 'adik-adik'

er.... benarkah final year??

masih musykil.. :D

terasa macam pelajar tahun satu bila berbaju kurung, bawa beg sandang, kasut bertutup penuh, memakai kad matrik.. cuma bezanya kad matrik pelajar tahun satu warna kuning air, kad matrik saya berwarna maroon...

(^_^)v

10 July 2009

Mesir dan Sungai Nil

“Kamu percaya jodoh?” Maria bertanya Fahri.
Fahri hanya diam, memandang Maria.
“Sungai Nil dan Mesir, itu jodoh. Senangnya kalau kita bisa bertemu jodoh yang didatangkan Tuhan dari langit.”
“Jodoh itu bukan dari langit, Maria.” Fahri cuba membetulkan.
“Ia datang dari hati. Itu yang selalu kamu bilang.” Maria senyum.

“Kakak! Mengelamun!” Zulaikha membaling bantal ke arah kakaknya.
“Bisinglah, Ika. Kakak baru nak feeling sikit. Kacau saja.” Liyana menarik muncung.
“Elok sangatlah tarik muncung tu. Makin tak lawa jadinya muka kakak tu.” Zulaikha ketawa galak.
“Huh, peduli apa! Kakak tak hairan. Tak lawa tak lawa pun, kakak Ika juga. Apa, Ika ingat, Ika lawa sangat ke?” Liyana menyakat adiknya.
Zulaikha duduk di sisi katil. Bersebelahan kakaknya. “Kakak menungkan apa tadi? Jauh betul melayang. Sampai Ika masuk pun kakak tak sedar.” Zulaikha tersengih.
“Kakak teringat cerita ‘Ayat-ayat Cinta’.” Liyana senyum, penuh makna.
“Wah, bukan main lagi! Jiwanglah kakak ni! Ini betul-betul feeling! Kakak menungkan part mana?” Zulaikha mengorek rahsia.
“Part Maria dengan Fahri dekat tepi Sungai Nil. Masa tu Maria cakap pasal jodoh. Mmm, Ika rasa jodoh tu macam mana, ya?” Liyana bertanya. Dahinya berkerut, tanda mengharapkan keseriusan Zulaikha kali ini.
“Kakak ni kenapa tiba-tiba tanya pasal jodoh ni? We are still young, kakak!”
Liyana memandang Zulaikha dengan muka serius. “Heh, kamu bolehlah kata kamu muda lagi. Kakak ni, dah masuk alam dewasa. Rasanya sudah sampai masanya kakak fikir serius dalam hal ni. Lagipun, kakak tak nak kahwin lambat.” Liyana menyengih.
Zulaikha ketawa. “Kakak ni kelakarlah. Oh, nak kahwin awal, ya? Gatal!”
Liyana turut ketawa. “Ika, kakak serius ni. Macam mana kita nak tahu yang someone tu betul-betul Mr. Right kita? Macam mana nak jawab ‘Ya’ kalau ada orang tanya, ‘Will you marry me?’. Heh, menakutkan betul semua tu.”
Zulaikha menggeleng-geleng kepala. “Entahlah, kak. Kakak lagi mau tanya Ika. Ika ni belum kahwin. Manalah Ika tau pasal semua ni. Cubalah kakak tanya kawan-kawan kakak yang dah kahwin tu. Macam mana diorang boleh betul-betul pasti nak kahwin dengan orang tu. Manalah tau dengan cara ni kakak akan dapat jawab semua persoalan kakak tu, sekaligus Ika akan dapat bakal abang ipar!” Zulaikha ketawa besar.
Liyana terasa ada betulnya kata-kata adiknya itu. “Betul juga kata Ika tu. Nantilah kakak try tanya kawan-kawan kakak yang dah nak kahwin tu. Ngeri bila fikir macam mana nak cari orang yang dapat hidup selama-lamanya dengan kita. Hurmm...” Liyana mengeluh. “Bukan mencari tau. Tapi nak pastikan adakah orang tu orang yang betul untuk hidup selamanya dengan kita. Perkara kahwin ni bukan perkara main-main. Kakak nak kahwin bukan untuk sehari dua tapi selama-lamanya.”
Zulaikha melihat kakaknya betul-betul bersungguh. Nampaknya dia tidak boleh menjawab dengan main-main. “Bedoa sahajalah, kakak. Ika pun nak abang ipar yang baik, baik dengan family kita, bertanggungjawab kat kakak, sayang kakak. Heh, Ika dah lebih-lebih pula!” Zulaikha ketawa lagi.
“Budak ni...” Liyana mencubit pipi Zulaikha.
“Kakak, sakitlah.” Zulaikha menggosok pipinya. “Kakak tahu tak, kalau dah jodoh, pergilah mana-mana pun, larilah sejauh mana pun, Allah akan temukan juga. Tak boleh nak elak.”
Liyana ketawa. “Yelah kamu tu. Bercakap macam ada pengalaman je. Ika nak abang ipar yang macam mana?” Liyana tersenyum nakal. Gatal!
“Lah, tadi kan Ika dah bagi tahu. Yang boleh belanja Ika makan KFC hari-hari, yang bagi Ika duit belanja hari-hari, yang boleh cover reload handphone Ika tiap bulan...”
Bulat mata Liyana mendengar kata adiknya. “Heh? Tadi kakak rasa, lain yang kakak dengar? Tak ada pun dengar pasal KFC, reload semua-semua tu?”
“Hah, dah tu? Lagi mau tanya. Mengada-ngada lah kakak ni!”
Pecah tawa kedua beradik itu dalam bilik.
“Ana! Ika!” Kedengaran suara Puan Mariam, ibu mereka berdua menjerit. “Buat apa berdua dalam bilik tu? Siapa nak tolong kemas rumah dan kemas dapur ni? Isy, anak dara dua orang ni. Ada kat rumah pun bukan nak tolong ibu mengemas!”
“Alamak, Ika. Ibu dah buka loudspeaker. Jom!”
Kelam-kabut mereka berdua turun dari katil mendapatkan ibu di luar.
*****
Laju jarinya menari-nari di atas keyboard. Tugasan yang diberi perlu disiapkan segera. Dia tidak boleh bertangguh. Kelak lebih banyak kerja menanti. Namun sesuatu yang berkelip di sudut kanan monitor menarik perhatiannya seketika.
“Siapa pula yang bagi mesej tengah-tengah malam ni?” Liyana berkata perlahan. Dia melarikan kursor ke taskbar dan klik pada mesej yang baru sampai.
‘Selamat malam, Malaysia. Apa khabar kamu, Liyana?’
Buntang mata Liyana membaca mesej pada tetingkap Yahoo Messenger itu. Seakan tidak percaya. Fahri? Eh, silap. Tu lah, pengaruh filem ‘Ayat-ayat Cinta’ lah ni. Amin? My God! Dah lama betul tak contact dia ni. Liyana membalas mesej dari Amin.
‘Lama tak dengar berita. Ana sihat. Macam mana Mesir sekarang?’
‘Enti tanya Mesir je? Tak tanya ana sihat ke tak?’ bunyi mesej Amin yang seakan merajuk.
‘Maksud Ana, orang kat Mesir tu lah. Alahai, itu pun nak merajuk. Fahri ni macam tak kenal je perangai Ana.’ Liyana galak menyakat.
‘Fahri? Enti dah lupa ana, ya?’ Amin meneruskan rajukannya.
Liyana tergelak sendiri. ‘Kamu kan Mesir Ana. Ana Sungai Nil kamu.’ Liyana masih tidak berhenti ketawa. Seronok menyakat teman lama.
‘Ni dah terpengaruh sangat dengan filem ‘Ayat-ayat Cinta’lah ni. Sampai ana dipanggilnya Fahri. Sampai hati enti.’
‘Muhammad Amin Firdaus, mana mungkin Ana lupa kamu. Lama tak dengar cerita. Sombong kamu dengan Ana sekarang.’
‘Siapa yang sombong? Enti yang tak reply mesej ana. Ana seganlah nak mesej enti lagi.’
Liyana mengingati semula kali terakhir dia menerima mesej dari Amin. Dua tahun lepas. Memang betul dia tidak membalas mesej itu. ‘Amin, Ana minta maaf. Ana salah.’ Liyana berasa bersalah.
‘Tak apalah. Ana faham. Siapalah ana ni...’
‘Ayat sedih pula. Tapi at least sekarang kamu dah contact Ana semula, kan? Macam tak percaya je. Jumpa, terpisah, jumpa balik, terpisah semula, then jumpa balik. Berulang-ulang tak berhenti.’
‘Itulah namanya jodoh, Nur Sofea Liyana.’
Liyana senyap. Jodoh? Kakak tahu tak, kalau dah jodoh, pergilah mana-mana pun, larilah sejauh mana pun, Allah akan temukan juga. Tak boleh nak elak. Kata-kata adiknya, Zulaikha terngiang-ngiang di telinga.
Banyak orang akan mengatakan, dunia ni kecil sahaja. Ke mana pergi sekalipun, akan bertemu juga. Berbeza pada Liyana. Padanya, bukan dunia yang kecil tetapi segalanya aturan dari Ilahi. Biar sejauh mana pun seseorang, selama mana pun terpisah, namun jika kehendak Ilahi untuk mereka bertemu, akan bertemu juga. Kadang-kadang sedekat mana pun seseorang dengan orang lain, jika bukan kehendak Ilahi, tidak mungkin akan bertemu. Jadi bukanlah dunia yang kecil. Mungkin itu hanya perumpamaan yang digunakan orang-orang lama untuk menggambarkan pertemuan selepas perpisahan yang panjang.
Liyana membalas semula mesej Amin. ‘Kalau Allah dah tetapkan kamu akan jumpa Ana, kita akan berjumpa juga. Yelah, lepas 10 tahun terpisah, tiba-tiba kita berjumpa balik walaupun dengan mesej sahaja. Seorang kat Malaysia, seorang kat Mesir. Macam mana nak jumpa, kan? Lainlah kalau Ana ni Doraemon, keluarkan ‘Pintu Suka Hati’, sekarang juga Ana pergi Mesir.’
‘Betul tu. Eleh, tapi enti sombong. Tahun lepas ana balik Malaysia, enti tak nak jumpa ana pun. Sekarang ana dah balik Mesir, enti nak jumpa ana pula.’
Perasaan serba-salah sekali lagi memukul-mukul dada Liyana. Dia tahu dia bersalah dalam hal ni. Tidak pandai menghargai nilai persahabatan. ‘Ya Azhari, Ana minta maaf sekali lagi. Ana tak mahu cipta alasan. Dalam hal ni memang Ana silap.’
Liyana memutar semula layar ingatannya ke zaman sekolah rendah. Amin merupakan antara pelajar yang nakal. Dia masih ingat betapa bencinya dia dengan Amin and the gang, bab menyakat pelajar perempuan, nombor satu. Sampai satu tahap boleh dikatakan meluat, menyampah. Huh, zaman kanak-kanak! Seingatnya Amin pernah memberi dia nombor telefon untuk dihubungi ketika zaman sekolah menengah melalui seorang kawan tetapi dia telah menghilangkan nombor telefon itu. Entah sikapnya ketika itu memang tidak mahu melayan lelaki langsung. Suasana di sekolah menengah perempuan membuatkan dia kekok untuk bergaul dengan lelaki.
Selepas memasuki zaman universiti, Liyana bertemu semula dengan Amin walaupun hanya di alam maya. Satu pertemuan yang dia sendiri tidak terjangka. Amin berada jauh di Mesir, melanjutkan pelajaran di universiti terkemuka dunia, Universiti Al-Azhar. Pernah dia bertanya bagaimana Amin dapat mencarinya semula setelah bertahun lama tidak dapat berhubung. Kata Amin, bukan susah untuk mencari Nur Sofea Liyana lagi-lagi dengan kecanggihan teknologi membuatkan segala-galanya terlalu mudah. Ibarat di hujung jari. Kenakalan Amin masih segar di ingatannya. Dia masih sukar mempercayai pelajar paling nakal itu kini di Universiti Al-Azhar. Manusia boleh berubah. Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu sendiri mengubah nasib mereka.
‘Ana tak pernah lupakan enti sedetik pun. Enti je yang selalu lupakan ana. Mak ayah enti sihat? Sampaikan salam ana untuk mereka.’
‘Ana salahlah ni? Ana minta maaf. Ibu ayah sihat. InsyaAllah nanti Ana sampaikan salam kamu.’
Ika pun nak abang ipar yang baik, baik dengan family kita, bertanggungjawab kat kakak, sayang kakak. Sekali lagi dia teringat kata-kata Nur Syahida Zulaikha, adiknya. Adakah ini petunjuk kepada sesuatu.
‘Ana tak salahkan kamu. Tak apalah. Tahun depan ana balik Malaysia lagi. Kamu janganlah buat sombong dengan ana.’
Liyana mengukir senyum. ‘Ok, Ana nak tebus kesalahan Ana sebab menyombong dengan kamu. Ana tunggu kamu balik Malaysia next year.’
‘Tunggu ana.’
Liyana menguntum senyum. Hatinya mula bertunas harapan. Namun dia masih ragu-ragu. Tak apalah, dia hanya mampu berdoa mengharapkan yang terbaik.
*****
“Nur Sofea Liyana, enti betul-betul nak jemput ana di KLIA nanti? Ana on the way to airport. InsyaAllah dalam pukul 8.00 malam waktu Malaysia nanti ana sampai.” Suara Amin kedengaran di hujung talian. Jauh di Mesir.
“InsyaAllah. Pukul 8 malam nanti Ana tunggu kamu di KLIA.”
“Nur Sofea Liyana...”
“Iye, saya. Ada apa?”
“Tak ada apa. Ana suka panggil nama enti.”
“Kamu ni. Lagi berapa jam je kamu akan sampai Malaysia. Ana tunggu kamu.”
“Tunggu ana.”
“Iye, nanti Ana pergi KLIA jemput kamu, ok?”
“Nur Sofea Liyana, kalau ada jodoh, kita akan berjumpa, kan? Dan kalau Allah tak mengizinkan, belum tentu kita boleh jumpa. Belum tentu ana dapat contact enti lepas 10 tahun tak berhubung langsung.”
“Iya, Ana percaya ketentuan Allah.”
“Ada jodoh, insyaAllah kita jumpa. Percayalah Qadha’ dan Qadar, Nur Sofea Liyana.”
“Ana percaya. See you! Tak sabar tunggu kamu jejak kaki ke Malaysia.”
Ana akan tebus kesalahan Ana. Ana tak akan sia-siakan lagi persahabatan ini. Maafkan Ana, Amin. Kamu memang sahabat yang sangat baik. Tak pernah sekalipun kamu jemu untuk berusaha menghubungkan silaturrahim yang telah putus. Ana rasa bersalah.
*****
‘Tunggu ana.’ Liyana masih teringat kata-kata Amin. Kata-kata yang membuatkan dia duduk di situ. Air matanya sejak tadi tidak berhenti mengalir. Tiada esak tangis yang kedengaran. Hanya mutiara jernih membasahi pipinya, gugur setitik demi setitik.
‘Itulah namanya jodoh, Nur Sofea Liyana.’ Semakin berderai air mata yang gugur. Amin, Ana tunggu kamu tapi Ana bukan nak kamu balik dalam keadaan macam ni.
Bibirnya menutur perlahan ayat-ayat suci dari Surah Yaasin. Sudah tiga hari dia berulang melawat tempat itu. Tangannya menyentuh kuburan yang masih merah tanahnya.
Berita yang diterima minggu lepas benar-benar mengejutkan. Ketika dia sedang menghitung detik, menunggu kepulangan Amin dari Mesir. Dia ingin mengotakan janjinya. Menunggu Amin di KLIA. Namun Amin terlibat dalam kemalangan semasa dalam perjalanan ke lapangan terbang. Amin maut manakala dua rakannya yang lain cedera parah. Sekali lagi ketentuan Ilahi mengatasi segala-galanya. Amin meminta dia menunggunya. Ya, memang Liyana menunggunya namun bukan dalam keadaan itu yang Liyana harapkan. Liyana berharap dapat menyambut kepulangan Amin dengan senyuman, bukan tangisan. Lebih penting, Liyana ingin melihat Amin yang bernyawa, bukan menyambut jasadnya yang sudah siap dimandikan, dikafankan dan disolatkan.
Hati Liyana sebak. Di saat akhir sebelum Amin pergi, Amin sempat menelefonnya. Itu lebih menambah hiba di hatinya. Kata-kata Amin seolah-olah menggambarkan yang dia memang akan pergi.
“Amin, kamu minta Ana tunggu kamu. Tapi kamu yang pergi dulu.”
‘Ada jodoh, insyaAllah kita jumpa. Percayalah Qadha’ dan Qadar, Nur Sofea Liyana’. Liyana berasa seolah-olah Amin membisikkan kata-kata itu ke telinganya.
“Muhammad Amin Firdaus...”
‘Nur Sofea Liyana...’
“Ana bukan nak tengok kamu macam ni.” Bertambah air mata yang gugur.
‘Nur Sofea Liyana, kalau ada jodoh, kita akan berjumpa, kan? Dan kalau Allah tak mengizinkan, belum tentu kita boleh jumpa.’
Liyana membayangkan Amin berada di hadapannya, membalas segala perkataannya. Namun dia perlu akur. Apa yang terjadi sudah tersurat. Redha Liyana dengan ketentuan Ilahi.
“Ana tetap rindukan kamu.” Liyana menahan sebak.
‘Kamu percaya jodoh?’
‘Sungai Nil dan Mesir, itu jodoh. Senangnya kalau kita bisa bertemu jodoh yang didatangkan Tuhan dari langit.’
‘Jodoh itu bukan dari langit’
‘Ia datang dari hati.’
Liyana masih hanyut dalam khayalannya. Satu persatu kenangan muncul di benaknya.
‘Kamu kan Mesir Ana. Ana Sungai Nil kamu.’
‘Jumpa, terpisah, jumpa balik, terpisah semula, then jumpa balik. Berulang-ulang tak berhenti.’
“Tapi kini kita betul-betul dipisahkan dua alam yang berlainan, Amin. Mungkin kita akan bertemu semula di sana. Semoga rohmu dicucuri rahmat.” Liyana mengakhiri. Air mata diseka. Sendu dihentikan. Doa dipanjatkan untuk Muhammad Amin Firdaus.
Kulihat lambaianmu dari syurgawi memanggilku.
....................................................................................................
~End~
*cerita ini mungkin ada sedikit kaitan dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia namun tidak sepenuhnya...*

08 July 2009

Something about Tatoo

thanks farah for this fact...

"tatu, dia jarum yang sangat halus, mesin tato0 tu inject laju-laju, jarum tu bgerak dengan amat laju..
dia masuk dalam kulit, colour tu masuk dalam kulit kita, sebab tu berdarah dan bengkak.

sistem dia macam mesin jahit baju. kaler tu absorb di lapisan atas kulit. ibarat benang pada mesin jahit. benang tu masuk kat kain (kulit) dan nampak jahitan pada permukaan kain. macam tu la juga tatoo."

menarik juga benda ni. so, macam mana sekali pun, tatu itu dilarang, kan?

bila dah jadi camtu, sama juga lah dengan tatu tu menutup lapisan kulit. jadi bila kita bersuci, tak kena permukaan kulit, bukan ke tak sah?

lagipun, sakit kan tatu. ana pernah terbaca dalam paper, orang-orang yang sudah bertaubat, nak hilangkan tatu, seksa yang amat. terasa berdosa seumur hidup if tak dapat hilangkan tatu tu. yelah, bila bersuci, kulit tak kena air...

renung-renungkan...

Kegilaan yang Dirindui!

teringat zaman-zaman kegilaan pada tahun-tahun awal di UTM *ok, fine. saya mengaku sekarang saya pelajar tahun akhir*. masa tu saya merupakan salah seorang Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej 11. macam mana tah boleh terjebak *ceh, terjebak?* dalam organisasa *eh, eh, organisasi* tersebut. oh, saya isi borang, submit, datang interview, then, jadilah timbalan pengerusi (pengurusan) kolej 11 *eh, aku timbalan pengerusi ke dulu ye? swing swing sket. nanti saya tanya Lt. M. Wani d novelist wanabe*.

saya, tuan Lt M. Ilias yang 'cumil', kak bihah chubby chubby dan Lt. M. Wani d novelist wanabe selalu buat kerja gila. apabila membuat kerja gila, bukanlah bermakna kami orang gila. cuma sikit lagi boleh masuk 'Tampoi' bila start buat program.

paling best bila part nak keluar hujung minggu *kau tipu, mana ada hujung minggu. tak hujung minggu pun kau keluar gak!*. masa zaman tu saya definisikan sebagai 'zaman kegelapan' saya. sebab.... teeettttt *sebab perlu dirahsiakan untuk menjaga hati semua pihak. sekian, harap maklum*. paling tak boleh blah part makan. time order tu, saya and Lt. M. Wani d novelist wanabe yang jadik tukang order. sebab kami mampu mengorder makanan lebih hangat dari biasa. eh, lebih banyak dari biasa.

"kak, tomyam campur untuk 3 orang makan, sayur kangkung masak ikan masin untuk 2 orang makan, telur dadar 2, sotong goreng tepung untuk 4 orang makan, asing-asing ye kak sotong tu. tak nak campur. air oren satu jag. 4 gelas ais kosong, eh, nadia tak minum ais. wani pun tak boleh minum ais sebenarnya. maklumlah, palapes. 3 gelas ais dan 1 gelas kosong. nasi putih 5 pinggan. ada lagi satu! ikan siakap tiga rasa!"

tuan Lt M. Ilias yang 'cumil' hanya menggeleng-geleng. kak bihah chubby chubby senyum saje sambil menampakkan ke'chubby'annya.

see.... how mentekederah nye kami berempat? ahaha~ rindunya saat-saat tu!

lagi best dengan gelagat kak bihah chubby chubby. dia biasanya diam aje. tapi saya dan Lt. M. Wani d novelist wanabe selalu menyakat. "eleh, dia tengah panaskan enjin lah tu. sat gi tengok bila enjin dia dah panas. mengalahkan kita larinya."

then kak bihah chubby chubby akan meneruskan ke'chubby'annya sambil membalas "ohh... korang 'menghena' ey?"

ayat 'menghena' tu ada sejarah tersendiri. akan saya ceritakan nanti di lain siaran.

sesi kami tidak habis di situ sahaja. lepas penat mentekederah dekat seafood restaurant dekat-dekat dengan danga bay, boleh pulak kami singgah jalan-jalan kat tepi pantai tu. mulalah yang tengah 'berchenta' duk berangan *
maaf, saya tak boleh bagi tau yang tuan Lt M. Ilias yang 'cumil' tu yang kuat berangan. nanti dia marah saya.* ahaha~ cukup-cukup. kami berempat sama je. heh! tak-tak.. tak sama. ok. tak sama. tapi ketidaksamaan tu yang membuatkan kami serasi bersama.

(^_^)v rindu!

07 July 2009

M0od untuk menulis

pigi mana suda
mo0d untuk menulis
report juga tara siap
goreng ayat juga tara
so..
bagi quote from wani

"bukan semua lelaki yg baik itu adalah terbaik buat kita
so kalau hati tak dapat menerima
itu mungkin bermakna dia bukanlah lelaki yang terbaik buat kita
hargailah apa yang ada di depan mata"
-nur syazwani selamat-

03 July 2009

Keterujaan ber'shopink' dan keseronokan menghabiskan duit penaja

menghabiskan sisa shopink untuk engineer tupperware dan eno wutta wutta pada hari sabtu (27jun2009) lalu. seronok betul mereka menghabiskan duit 'penaja' mereka *iaitu kakak mereka yang terchenta ini*. lokasi pilihan, macam biasa, jusco AU2. heh, suka bebenor budak bertiga ni pergi Jusco ye!
pemergian kami bertiga dihantar oleh uncle-teksi-yang-baik-hati-telan-baki-duit-i-30sen *heh, 30sen pun kau nak berkira kah nadia? halalkan sudey..*


suka tengok eno wutta wutta dalam ini picca. model sambilan di hadapan jusco. takde tempat lain nak sho0t.



gambar penaja perlu ada sekeping dua. kalau tak, no sponsor!


mata kedua-dua budak itu sudah bling bling apabila ternampak perkataan itu. -J-U-S-C-O-


engineer tupperware: oh, my darling dynamo.
eno wutta wutta: wutta heaven was dat?
penaja: aiseh, nak cium dynamo tu pun agak-agak...~



belilah kao attack untuk cucian yang lebih suci, murni, bersih, wangi, harum, menawan *ok, ok, stop iklan sabun cuci kain*



iklan cermin *kenapa budak perempuan suka ambil gambar depan cermin ya? soalan kepada diri sendiri.*



semua kena ada dua. sebab dua orang duduk UTM. nampak macam sikit tapi semua yang dalam troli tu berjumlah RM 150.00 ++ *tak apa eno, hari ni kaklong belanja kita. no hal! kata engineer tupperware kepada eno wutta wutta dengan megahnya.*



macam cantik je kan packing lepas shopink. secantik duit yang terbang melayang-layang.



wah, lepas jadi model sabun cuci kain, jadi model t-shirt lah pulak.



keterujaan engineer tupperware memeriksa kandungan polimer dalam baju itu.


promoter jusco berwajah baru.



gambar penghargaan kepada pihak penaja.

jumlah keseluruhan shopink pada hari itu adalah dekat 200++. wah, sangat beruntung jika ada penaja yang sangat murah hati *ceh, puji diri sendirikah ini? syuuuuuhh!*.


engineer tupperware: prinsip hidup kaklong, 'duit bukan boleh bawa mati. rezeki dari Allah itu akan sentiasa ada. tak perlu risau.' sebab tu lah kaklong tak kaya-kaya.
eno wutta wutta: kaklong yang comel lagi cantik serta baik hati, belanja eno waffle! eno nak peanut dengan chocolate!
penaja: huissshhh... *sambil garu tudung*

[the end]
~

02 July 2009

Engineer Tupperware on her registration

~today i will come out with several pics of engineer tupperware on her registration day~



hoh, sikit punye besar beg KLIA nih.



kenapa-saya-rasa-macam-tak-suka-pic-ni-tapi-upload-jugak?



eno wutta wutta bermain buaian



giliran hot mommy pula



engineer tupperware dan seragam hari pendaftaran UTM *baju t**i cicak*



engineer tupperware bersama pengurus pasukan dan pemain simpanan



pengurus pasukan dan pemain simpanan bergambar kenangan



sekali lagi pengurus pasukan dan pemain simpanan mengabadikan kenangan



macam nak pindah terus tak nak balik-balik KL dah~



adakah begini kombinasi yang hebat untuk menghasilkan sebuah tupperware yang mantap?





(^_^)v

01 July 2009

Mahasiswa UTM cemerlang diberi pengecualian yuran

JOHOR BAHRU 30 Jun - Universiti Teknologi Malaysia (UTM) akan memberi pengecualian yuran antara RM550 hingga RM700 kepada mahasiswa cemerlang yang memperoleh purata nilai gred kumulatif (CGPA) 4.00 bagi setiap semester.

Naib Canselornya, Prof. Datuk Ir. Zaini Ujang berkata, antara penuntut yang akan diberikan pengecualian yuran itu ialah bidang teknologi sebanyak RM700, sains gunaan (RM660) dan sains ikhtisas (RM550).

Beliau berkata, langkah itu bertujuan melahirkan lebih ramai mahasiswa berkualiti untuk mendapatkan ijazah kelas pertama dan pada masa yang sama menarik lebih ramai pelajar untuk melanjutkan pengajian di UTM.

“Bidang teknologi merangkumi semua program di Fakulti Kejuruteraan dan Fakulti Alam Bina seperti seni bina, ukur bahan, perancang bandar dan wilayah serta seni bina landskap.

“Bagi sains gunaan, ia meliputi pengajian di Fakulti Sains, Pendidikan, Sains Komputer, Sistem Maklumat, manakala Sains Ikhtisas meliputi program yang dikendalikan Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran laman web sistem profil My Tag oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di sini hari ini.

Zaini berkata, bermula sesi 2009/2010, UTM turut menawarkan satu kursus baru di peringkat sarjana muda, lima di peringkat sarjana dan tiga di peringkat ijazah doktor falsafah.

Beliau berkata, kursus berkenaan adalah Sarjana Muda Perakaunan, Sarjana Sains Kejuruteraan Petroleum, Kejuruteraan Bioproses, Kejuruteraan Bioperubatan dan Kejuruteraan Alam Sekitar.

“Bagi kursus di peringkat ijazah doktor falsafah ialah Kejuruteraan Perisian, Sistem Maklumat dan Kejuruteraan Bioperubatan,” katanya.

Beliau berkata, mulai semester ini, UTM akan memindahkan kursus Sarjana Muda Pembangunan Sumber Manusia dan Sarjana Muda Sains Reka Bentuk Industri dari Skudai ke kampusnya di Kuala Lumpur.



berita diambil dari sini



macam banyak je berita UTM lately...



UTM dan UiTM


dan



satu
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM)
manakala satu lagi
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA MALAYSIA (UiTM).

ramai orang terkeliru antara dua buah universiti ini. satu UTM dan satu lagi UiTM. tapi pada saya, mahasiswa mahasiswi di luar sana sudah tentu dapat membezakan kedua-dua institusi pengajian tinggi ini.

UTM terletak di Skudai, Johor dan Jalan Semarak, Kuala Lumpur.
UiTM kampus induk di Shah Alam dan mempunyai banyak kampus cawangan di seluruh Malaysia.

pada bulan mac 2008 lalu *apsal macam ayat berita?*, saya menjadi salah seorang fasilitator untuk Kem Jati Diri. untuk tahun itu, UTM dan UTHM ditempatkan di Kolej Matrikulasi Johor (KMJ). apa yang sangat menyedihkan kami, fasilitator UTM *saya tahu fasilitator yang lain juga tahu akan hal ini* banner selamat datang yang direntangkan pada hari kami sampai itu, menunjukkan logo UiTM dan UTHM. dalam masa yang sama menulis 'Universiti Teknologi Malaysia'. banner tersebut direntangkan di hadapan masjid dalam KMJ.

hoh, sangat memalukan pada saya. macam pihak pengurusan KMJ tak tahu beza UTM dan UiTM padahal sudah tentu mereka orang-orang lepasan universiti.