Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

13 March 2010

Masak Spageti

taraaaaaaaaaaa~~~ hari ini kita masak spageti.. jom jom jom.. thanks to kak roza and fendi kerana join masak sekali... hehehehe~




guna rambut bidadari *angel hair* spageti.. halus sket.. macam bihun.. :D ni kita rebus ngan butter and garam.. sila guna butter brand anchor, brand yg ni sedap baunya.. membangkitkan selera.. yumm~
*kalau guna rambut bidadari ni, jangan patahkan spageti tu. sebab nanti da siap, spageti nye hancurr*



antara bahan-bahan.. daging kisar, chicken meatball.. nak guna bahan lain pun boleh.. udang ke, sotong ke, daging ke... ikot citarasa masing-masing.. :D saya amik daging kisar ayam, chicken meatball, and mushroom dalam tin.. pasal mushroom ni, baik guna yang ayam brand.. sebabnya, takut yang lain tu tak halal...



bahan asas.. bawang putih, bawang besar, prego, daun bawang... ada lagi yg takde dalam gambar, spices...


mula, panaskan butter. dah cair, tumis bawang putih yg dihiris halus. dah naik bau, masukkan bawang besar lak. nak lagi sedap, letak 2-3keping cheese. dah naik bau and jadik kuning-kuning tu, masukkan daging kisar and meatball *or apa-apa isi yang korang nak guna*. masak benda-benda semua tu sampai separuh masak...



pastu dah boleh masukkan prego. biasanya, untuk satu bungkus spageti tu, memang habiskan sebotol prego besar tu. then masukkan air satu botol prego tu jugak. kalau nak tambah masam, tambah tomato. saya tak suka masam, so tak perlu letak tomato. prego tu dah cukup masam. then taburkan sedikit serbuk perencah *spices*, garam, ajinomoto... then masak sampai didih... pastu dah boleh hidang~!



ok, tak sempat amik gambar spageti yang dah siap, dah habis.. huuu~~~ hangaatt...



sedap tak sedap, mai rasa... hahaha~


fendi tambah sampai 6kali.. apa maknanya?? kih3



ditambah dengan agar-agar milo tabur *resepi baru sekali lagi* yumm~ alhamdulillah, kenyang..


.........................

2 comments:

  1. wah.. nmpk sedap jek... tak ajak pun.. uwaaaa... hikhik... :P

    ReplyDelete
  2. aqma>>

    ngee~ takleh ajak ma, ti cepat habis.. muahahaha *gelak sangat jahat..*

    ReplyDelete