Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

04 March 2010

Komen dari PLUS

tengah scroll email yang melambak tu, tiba-tiba terperasan satu email. dari pihak PLUS nampaknya...


Salam, AidaNadia..blog saudari telah dimajukan kepada saya oleh rakan saudari dan insya'Allah, kami akan adakan siasatan segera ke atas pasukan Plusronda yang bertugas pada malam itu. Tindakan petugas itu tidak langsung mencerminkan budaya kerja dan komitmen kami di Plus terhadap pelanggan lebuh raya dan kami tidak ragu-ragu mengambil tindakan disiplin yang keras ke atas mana mana kakitangan yang didapati tidak mesra pelanggan atau peka terhadap kesulitan yang sedang dihadapi pelanggan.
Bagi pihak Plus, saya memohon maaf di atas tingkahlaku mereka dan akan pastikan insiden seperti ini tidak berulang.
Sekiranya pada masa depan saudari menghadapi sebarang kesulitan ketika berada di lebuh raya kendalian Plus, telefon 1-800-88-0000 untuk mendapatkan bantuan dan sekiranya Plusronda tidak sampai ke lokasi saudari dalam masa 20 minit seperti yang tercatat dalam KPI mereka, sila hubungi semula talian bebas tol tadi sehingga dapat perhatian ya.
Wassalam,
Khalilah - Pengurus Besar Komunikasi Korporat PLUS




who0oaa... thanks for that! tak sangka orang PLUS pun baca blog i *uih, sangat perasan, ko tak nampak ke dia tulis kat situ member ko (tapi apsal aku rasa macam bapak aku je) yang shows your blog to her*

oraittt.. apa pun, semoga PLUS sentiasa memberikan khidmat terbaik untuk pelanggannya.. i pelanggan setia PLUS taw! ni 20 mac ni i guna lagi... pergi batu pahat. Mr Firdaus' wedding day!

...............


oh yaa~ post ni adalah susulan dari omelan saya di sini....... -->> sini



........................

2 comments:

  1. terbaik r... baru ag bende tu berlaku... penduduk malaysia ni baik sbnrnya... yg jenis haram kejadah tu yg uji kite... kita lak jgn cepat melatah, be cool... sindir2 sudah...kan2... makan cili terasa pedas..

    ReplyDelete