Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

13 April 2010

Nanti Orang Nampak, Orang Curi...


uhueww~ santekkk... errkk~ cantekk.. thanks sunah untuk bunga cantek ni.. jom kita pegi jepun.. bawa bunga ni balik malaysia.. :)

bunga = indah
wanita = bunga
wanita = indah
menjadi keindahan dunia

dulu masa kecil-kecil *asyik cerita zaman kecil-kecil lagi comel, suci murni tanpa noda dan dosa aje kan?!*, ustazah cakap,
"perempuan kena tutup aurat. seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan..."

saya tanya *sambil mengangkat tangan, muka penuh tak puas hati*,
"ustazah, kenapa perempuan kena tutup semua? lelaki tak payah pun... dari pusat sampai lutut je.."


ustazah tu sangat sabar layan kerenah saya yang memang terlalu banyak bertanya,
"nadia ada barang berharga tak kat rumah? tabung simpanan duit ke?"

berfikir sekejap,
"ada ustazah, kenapa?"

ustazah tersenyum,
"nadia simpan kat mana tabung nadia tu?"

saya jawab dengan sangat excited,
"mestilah kat dalam almari, ustazah... nanti orang nampak, orang curi..."

ustazah senyum lagi,
"macam tu juga nilai perempuan ni. perempuan sangat berharga. sebab tu kita kena tutup semua. apa yang ada pada kita sangat bernilai. mana boleh orang tengok kan? nanti orang curi..."

saya terdiam, betul apa yang ustazah tu cakap...

perempuan, sangat bernilai, sangat berharga...

teringat pula ada terbaca kisah siapa entah hari tu... nilai hantaran untuk isteri dia, cek kosong.. bila ditanya, jawabnya,
"saya tak tahu nak letak berapa nilai hantaran untuk isteri saya.. kerana dia terlalu bernilai"

tiada di dunia ini yang setimpal dengan nilai seorang perempuan...

maka wanita-wanita *peringatan untuk diri sendiri juga* betapa berharganya kita, dan betapa Allah benar-benar sayangkan kita... :)



(^_~)v banyak ilmu yang dah terlepas pandang *muhasabah diri*. berilmu, tanpa beramal. huh... betapa aku terlalu leka dengan dunia selama ni.. isk3~ ampuni dosaku... *cryn a river*

6 comments:

  1. nak wat hantaran cek kosong jugak la...hak hak....(pastu sampai ke sudah xpayah isi cek tu... :P)

    ReplyDelete
  2. ray>>
    untung gilerr rr kalau pmpuan tu tak kesah n kalau family pmpuan tu pn ok jekk.. hahaha~ senang rr gitu takyah hantaran.. bukan wajib pun kan.. adat je.. maskahwin yg wajib..
    *sekali bini ko isi sndirik, letak 1juta.. masakkkk..*

    ReplyDelete
  3. wah..post yg mnrk lg2 part prmpuan ni sgt berhrga..=)

    ReplyDelete
  4. fadhilah>>
    yup3~~!! haha~ macam iklan L'Oreal.. kerana dirimu begitu berharga.. hik3 :D

    ReplyDelete
  5. salam nadia...

    cumil entri kali ni~ ;)

    ReplyDelete