kalau kau dah dijodohkan dengan seseorang,
kau bukan fikir is he the right person or not.
the main thing is how you can accept him,
belajar menerima kekurangan dalam diri seseorang,
kita sendiri pun tak perfect"
-din-
~renung-renungkan~



Start dari tengahmalam, mesej yang bertubi-tubi, call dari ‘sang kamen’ (tetap bahagia walaupun sorang je yang call malam tu… takpe la, mesej pun tak terlayan sangat…) thanks untuk semua sahabat yang ingat.. tak kisahla letak dalam reminder ke, kat kalender ke, atau memang betul2 ingat sebab tarikh tu ada kaitan dengan orang-orang yang rapat ke… hahaha.. macm ape je budak nih…






Selasa lalu, seorang warga Myanmar di Depot Tahanan Pendatang Tanpa Izin di Juru, Pulau Pinang, meninggal dunia dan 26 pendatang lain dirawat kerana dijangkiti penyakit itu.
Leptospirosis adalah penyakit bawaan haiwan yang boleh menjangkiti manusia disebabkan oleh sejenis bakteria dalam air yang tercemar dengan kencing haiwan seperti tikus dan tupai.
Sementara itu, di GEORGETOWN, Ketua Pengarah Imigresen Negeri, Abdul Rahman Harun, berkata bilangan tahanan pendatang asing di Depot Tahanan Pendatang Tanpa Izin di Juru, yang dijangkiti penyakit Leptospirosis meningkat kepada 35 orang sehingga petang semalam.
Beliau berkata, 10 pendatang dimasukkan kelmarin, manakala dua lagi semalam selepas disyaki mengalami simptom yang konsisten dengan bakteria itu.
“Bilangan masuk atau keluar hospital berlaku dari semasa ke semasa. Sukar mengesan bilangan sebenar tapi dengan kes terbaru ini, seramai 35 pendatang dari depot itu ditahan.
"Seramai 33 pendatang dirawat di Hospital Bukit Mertajam dan dua di Hospital Seberang Jaya," katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.
Depot itu menempatkan 552 pendatang asing membabitkan 478 lelaki dan 72 perempuan serta dua kanak-kanak.


terlalu ramai pula yang tanya, kenapa sakura? kenapa merah jambu? tak kurang juga yang tergelak.. ok3.. lepas ni saya guna nama alamanda kuninglah, ok? hahaha~
During World War II, the cherry blossom was used to motivate and manipulate the Japanese people, to stoke nationalism and militarism among the populace.
ada sahabat bertanya, "kenapa mesti sakura? yang popular di jepun. kenapa tidak bunga raya?" hahaha~ kalau saya pilih bunga raya pula, akan ada yang bertanya, "kenapa tidak ros ke, cempaka ke?" hah, manusia memang terlalu banyak persoalan. bukan itu masalahnya sekarang. masalahnya, pemilihan sesuatu itu perlu ada sebab.
kenapa merah jambu? saya bukanlah seorang pinkish. saya minat warna lembut dan pastel. sebenarnya saya lebih minat warna turquoise
KUALA LUMPUR: RazakSAT, yang sepatutnya dilancarkan pada bulan lalu, dijangka dilepaskan ke ruang angkasa dari Pulau Kwajalein pada pertengahan Julai.
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Fadilah Yusof, berkata kini Teknologi Pengembaraan Ruang Angkasa (SpaceX), yang bertanggung jawab ke atas roket Falcon-1, sedang membuat ujian gegarannya berdasarkan spesifikasi yang diperlukan.
Katanya, satelit tidak mengalami masalah tetapi pelancar roket yang bermasalah.
"Roket ini, apabila mereka lakukan ujian akhir sebelum pelancaran, didapati menghasilkan gegaran tambahan berbanding dengan spesifikasi yang ditetapkan," katanya selepas pelancaran Pameran Penciptaan, Inovasi dan Teknologi 2009 di sini, hari ini.
Fadilah berkata, gegaran tambahan boleh merosakkan satelit ketika pelancaran. "Sebelum tarikh sementara, kami mahu memastikan mereka memenuhi spesifikasi," katanya.
RazakSAT, satelit penderiaan jauh Malaysia pertama, akan menyediakan imej peleraian tinggi negara yang akan digunakan untuk pengurusan tanah, pembangunan dan pemuliharaan sumber, perhutanan, migrasi ikan dan keselamatan. - Bernama
berita diambil dari sini
(^_~)v
